SA

Quotes by Shukri Ahmad

"
Kesungguhan Syeikh Daud Abd Allah al-Fatani menulis kitab yang berjumlah 57 buah dalam serba kekurangan, tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran material tentu menjadi suatu pukulan kepada ulama yang ebrada pada zaman serba medwah yang tidak dapat menghasilkan karya.
"
Kekeliruan tentang istilah ulama ini tidak wujud pada zaman generasi awal Islam sehinggalah menjelang waktu proses sekularisasi ilmu oleh Barat. Sebabnya ialah, ilmuwan Islam pada ketika itu berupaya menguasai kedua-dua bidang ilmu secara bersepadu sama ada ilmu kealaman, juga ilmu keagamaan. Pada ketika itu, tidak timbul maksud jahil dalam suatu cabangan ilmu. Bahkan ilmu kealaman pada ketika itu pun disaring dan dikembangkan menerusi pengetahuan dari al-Quran dan al-Sunnah itu sendiri.